Dapatkan Resit Rasmi Zakat Selangor & 100% Rebat Cukai LHDN
Pembayaran Zakat
Statistik Terkini Lembaga ZAkat Selangor 2025
Jumlah Kutipan
RM760j
(Jan – Sep 2025)
Jumlah Agihan
RM916j
(Jan – Sep 2025)
Nisab Semasa
RM35,449.00
(Terkini)
Data ini merupakan angka sementara dan belum diaudit daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS)

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL MUTHIAH
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Muthiah ini berlokasi di Seksyen U11, Shah Alam. Daripada segi pengambilan pelajar, maahad ini mengutamakan anak-anak yatim dan anak-anak golongan asnaf.
Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah (1)
Telah dilantik sebagai Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) sejak 2018 bagi membantu dalam kutipan untuk menjalankan tugas memungut zakat dan mengagih zakat kepada asnaf-asnaf tertentu dikalangan kakitangan dan pelajar yang layak.
Bagaimana Maahad Tahfiz Darul Muthiah mengagihkan zakat yang diterima?
Bagi kelangsungan perjalanan Maahad Tahfiz ini, kami dengan rendah hati memohon tuan/Puan untuk menuniakan zakat melalui Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muhtiah (1). Wang Zakat berkenaan akan didepositkan atas nama Lembaga Zakat Selangor (LZS), dikembalikan kepada Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah (!) sebanyak 50% dari kutipan untuk diagihkan kepada golonghan asnaf yang belajar diMaahad Tahfiz.
Ke mana kah arah tuju pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Darul Muthiah?
Terkini , seramai lebih 25 pelajar telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk dan meneruskan pengajian mereka samada:
-
Pelajar meneruskan pengajian akademik dengan menduduki SPM. Mereka menerima tuisyen percuma serta tajaan JAIS dan Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tempoh pembelajaran dan ulang kaji Al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Muthiah.
-
Pelajar boleh memilih bidang khusus seperti Bahasa Arab di Turki, atau pengajian hafazan dan agama di Maahad Buuth, Mesir sebagai laluan ke Universiti Al-Azhar.
-
Pelajar juga boleh menyambung pengajian agama di Pusat Pengajian Agama (Alimah) di Malaysia.
-
Pelajar memperkukuh hafazan dengan mengambil Syahadah Al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Muthiah.
Dipercayai oleh Pembayar Zakat
“Bayar zakat online memang memudahkan hidup saya. Tak perlu keluar rumah pun, semuanya siap dalam beberapa minit.”
– Syamsul Rizal
Pekerja Swasta
“Saya tidak begitu mahir dengan telefon, tapi cara bayaran zakat online ini mudah difahami. Anak saya ajar sekali saja terus boleh buat sendiri.”
Zainal Ariffin
Pesara
“Alhamdulillah, bayar zakat online cepat dan senang. Saya rasa lebih tenang bila urusan siap walaupun sedang menguruskan rumah dan anak-anak..”
Nur ‘Alyaa
Surirumah






